Buku panduan tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis sempena sambutan Hari Integriti TNB 2018 yang diadakan di ibu pejabat TNB, di sini hari ini.

Buku panduan setebal 61 muka surat antara lain merangkumi lima polisi yang terdiri daripada Anti Bribery Policy, Gifts, Hospitability and Related Benefits Policy, Conflicts of Interest Policy, Whistleblowing Policy dan Integrity Pact and Committee Integrity Pledges Policy.  

Yang turut hadir Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Presiden merangkap Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd.

Dalam pada itu, Isnaraissah Munirah ketika berucap menyifatkan TCIMS sebagai satu wadah yang boleh menyumbang ke arah matlamat Malaysia yang lebih berintegriti.

Katanya, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah amat wajar bagi TNB untuk bersama-sama kerajaan membudayakan integriti dalam kalangan warga kerja syarikat berkenaan. – UTUSAN ONLINE