Menggunakan judul Rosyam Nor - Impian Jutawan Budak Setinggan, buku tersebut ditulisnya sendiri da­lam tempoh masa hampir dua ta­hun dan diterbitkan oleh Suhan Publication, syarikat terbitan miliknya yang baru ditubuhkan awal tahun ini.

“Buku ini gabungan dua dalam satu iaitu biografi dan motivasi. Antara mesej utama yang ingin saya kongsikan ialah memberitahu pembaca bahawa kehidupan ini boleh diubah andai ada kemahuan yang tinggi,’’ katanya.