Menurut anak bongsu daripada lapan beradik itu, kejayaan tersebut membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menamatkan pengajian di peringkat tinggi walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

“Saya terpaksa mengengsot untuk bergerak ketika pertama kali masuk asrama dan selepas beberapa bulan berdikari, segala rutin menjadi mudah dengan bantuan universiti dan rakan-rakan.

“Pengorbanan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan tidak saya lupakan dan sekarang adalah masa untuk membalas budi mereka,” katanya selepas majlis konvokesyen universiti itu di kampus UPM dekat sini hari ini.

Beliau kini bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri.