Harun Omar, 60, menegaskan tuduhan tersebut tidak berasas kerana masih ada golongan remaja yang berperwatakan baik dan hadir berjemaah di surau.

"Budak-budak biasa lah nakal, semua tempat ada budak-budak nakal namun masyarakat tidak boleh menghukum semua remaja di sini atas kesalahan pihak lain."

"Apa yang terjadi memang mengecewakan dan secara peribadi saya tidak mengenali kesemua suspek. Mungkin mereka tinggal jauh dari sini kerana kawasan ini agak luas," katanya.

Tambahnya, dia kecewa apabila mengetahui kejadian itu berlaku hanya disebabkan perselisihan faham di antara suspek dan kumpulan pelajar tahfiz. - UTUSAN ONLINE