AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN

Sebaliknya, Aminuddin berkata, beliau hanya menjalani pemeriksaan kesihatan rutin yang dilakukannya di hospital berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya buat pemeriksaan biasa, mungkin sekarang orang sudah kenal saya dan doktor juga minta berehat, tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa. Saya bukan dimasukkan ke wad. Memang rutin setiap enam bulan saya buat pemeriksaan.

“Saya ke Hospital Serdang sebab di Seremban tidak ada kepakaran seperti untuk penyakit batu karang atau jantung. Tetapi bukannya saya sakit jantung,” katanya dalam sidang akhbar selepas Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin; Setiausaha Kerajaan negeri, Dr. Razali Ab. Malik dan Pengarah Kemas negeri, Mohd. Ali Hanafiah Abu Hassan.

Kelmarin beberapa individu memuat naik status dalam media sosial mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu dimasukkan ke Hospital Serdang dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya. - UTUSAN ONLINE