Eksekutif Pegawai Perhubungan Awam Taman Rama-Rama dan Reptilia, Shaziella Mohd. Salleh berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan ISDA Catering bagi penganjuran bufet Ramadan itu yang pertama kali diadakan dengan tema Sajian Warisan.

“Setiap pelanggan yang membeli tiket bufet (kanak-kanak) layak mendapat satu tiket kanak-kanak percuma untuk masuk ke Taman Rama-Rama dan Reptilia dan boleh digunakan sekali sehingga 31 Ogos 2018.

“Bagi dewasa pula, mereka akan diberikan baucar diskaun 10 peratus untuk digunakan dalam tempoh yang sama. Untuk bufet pula, pelanggan boleh ke ruang legar Taman Rama-Rama untuk melihat pelbagai spesies serangga, beri makan kepada kura-kura bagi bergambar secara percuma,” katanya.

Shaziella ditemui dalam majlis berbuka puasa bagi mempromosikan bufet Ramadan yang dianjurkan buat kali pertama oleh Taman Rama-Rama dan Reptilia, Ayer Keroh di sini malam ini.

Menurutnya, harga tiket bufet bagi dewasa adalah RM40, manakala kanak-kanak RM20 dan tempahan berkeluarga (sekurang-kurangnya 10 orang) layak mendapat diskaun lagi 10 peratus.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook rasmi ISDA atau menghubungi talian 017-3028209 (Ashmeeme) atau 017-2484752 (Ieka). - UTUSAN ONLINE