Lee Lam Thye

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MC­PF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu berupaya mencegah orang ramai daripada terlibat dengan rasuah.

“Sebagai contoh, ka­lau seorang peniaga atau pemandu melakukan ke­salahan jalan raya, kalau mereka tidak hulur rasuah, jadi rasuah tidak akan berlaku.

“Penjawat awam juga tidak akan terjebak dengan rasuah kerana mereka tidak hulur, kawtim dan settle,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dalam wawancara ekslusif yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini sempena sam­butan 50 tahun suruhanjaya itu ditubuhkan serta pendekatan dan perubahan yang dilakukan oleh SPRM termasuk Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah).

Mengulas lanjut, Lam Thye turut me­nyarankan supaya masyarakat bersatu padu dan menjadi tulang belakang SPRM dalam usaha membanteras gejala rasuah.

“Untuk hapuskan rasuah, semua lapisan masyarakat sepatutnya berdiri teguh di belakang SPRM.

“Hal ini secara tidak langsung dapat mengekal dan meningkatkan integriti dalam negara,” katanya.