Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa Muhammad Haziq Hasrizam, 10, mendakwa terjumpa mercun tersebut sebelum bertindak mengeluarkan be­lerangnya.

Difahamkan, mangsa yang ketika itu seorang diri kemudian membakar bahan api tersebut menyebabkannya meletup di hadapan mukanya.

Bapa mangsa, Hasrizam Hasan, 36, memberitahu, anak ketiga daripada lima beradik itu pada mulanya cuba menahan sakit dan menyembunyi kemalangan me­nimpanya kerana khuatir dimarahi keluarga.

“Bagaimanapun isteri me­nyedari perkara itu dan terus menghubungi saya yang sedang bekerja.

“Kami kemudian bergegas membawanya ke Hospital Alor Gajah, namun Muhammad Haziq dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan di Unit Melecur,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini hari ini.

Yang turut hadir melawat mang­sa ialah Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Durian Tung­gal merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pe­ngangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Mohd. Sofi Abdul Wahab.

Sementara itu, menurut Hasrizam, doktor memberitahu ke­adaan Muhammad Haziq stabil dan dibenarkan untuk keluar wad hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Sofi mengingatkan para ibu bapa untuk sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan mengambil iktibar kes-kes kemalangan mercun yang sering terjadi terutama pada musim perayaan Aidilfitri.