Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, laporan Majlis Penasihat Kerajaan itu perlu didedahkan kepada awam dan dilaporkan dalam sidang Parlimen akan datang supaya lebih telus serta mengelak tuduhan-tuduhan selepas ini.

“Sudah kedengaran timbul syak wasangka atas peranan Majlis Penasihat Kerajaan yang diketahui umum sangat terlibat dengan percaturan politik aras tinggi dan ini bakal memburukkan situasi dan mewujudkan Kabinet di belakang Kabinet.

“Demi kebaikan, Majlis Penasihat Kerajaan harus dibubarkan dan anggotanya tidak harus terlibat dalam urusan kerajaan kerana biarlah sistem yang sedia ada berfungsi mengikut peraturan dan perlembagaannya,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE