ANGGOTA Pasukan Tindak Pantas Hidupan Liar, Sarawak Forestry Corporation dibantu penduduk kampung menangkap seekor buaya seberat 300kg di Kampung Labau Kelulit, Bekenu , Miri, semalam.

SFC dalam kenyataan berkata, buaya sepanjang 3.9 meter itu ditemukan oleh penduduk kampung berkeliaran dalam ladang berkenaan pada awal pagi ini.

Kata kenyataan itu, kehadiran buaya ter­babit mencemaskan para pekerja ladang dan penduduk kampung yang tinggal berhampiran lalu menghubungi pihak SFC meminta bantuan untuk menangkap reptilia itu.

“Bertindak atas laporan penduduk Kampung Labau Kelulit, pasukan SWAT Cawangan Miri bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung berjaya menangkap buaya berkenaan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, buaya tersebut telah dipindahkan ke Ladang Buaya Benaya di sini.