Timbalan Perdana Menteri berkata, pilihan yang tepat amat penting dalam memastikan Langkawi terus dibangunkan dan rakyat menikmati pelbagai manfaat.

Di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata beliau, pelbagai usaha pembangunan dilaksanakan seperti program bekalan elektrik di Pulau Tuba..

“Insya-Allah di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), Pulau Langkawi terus dibangunkan tetapi jika memilih pembangkang kita khuatir Langkawi tidak dapat dibangunkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ibu pejabat Polis (IPD) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Semalam, gabungan pembangkang PKR mengumumkan Pengerusi gabungan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon mereka di Parlimen Langkawi. - UTUSAN ONLINE