Kumpulan Utusan di Bilik Pulau Pinang atas inisiatif Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB) turut membawakan program Teka Kotak Hitam Infiniti anjuran majalah Infiniti pada jam 11.00 pagi.

Mangga Media turut memeriahkan slot di Bilik Pulau Pinang bersama artis-artis popular tanah air antaranya Andi Bernadee, Bella Nazari dan Dewi Seriestha pada pukul 3.00 petang hari ini.

Bagi peminat Arja Lee, jangan lupa berkunjung ke Jalan Utusan pada jam 4.00 petang hari ini. Majalah hiburan paling popular, URTV membawakan pelakon popular ini selama satu jam untuk sesi beramah mesra bersama pengunjung. Majalah URTV turut mengeluarkan dua wangian untuk lelaki dan wanita, Scandal dan Gossip pada harga RM79.00.

Pengunjung juga boleh mendapatkan hamper dan mug kenangan di Jalan Utusan, Perhimpunan Agung UMNO ke-17. - UTUSAN ONLINE