DARI kiri, buah mentega, adiu, aroi-aroi dan melewar yang boleh ditemui di HPPNK 2017. - UTUSAN

DARI kiri, buah mentega, adiu, aroi-aroi dan melewar yang boleh didapati di HPPNK 2017. - UTUSAN

Antara buah-buahan dipamerkan yang mungkin belum pernah ditemui pengunjung termasuk buah mentega, buah adiu, buah aroi-aroi dan buah melewar.

Pegawai Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Negeri Johor, Hazri Wagiman berkata, pihaknya telah mengumpulkan pelbagai jenis buah-buahan nadir dan pelik dari seluruh negara buat tatapan pengunjung.

"Antaranya ialah buah mentega yang mana ianya berbau lemak seakan-akan mentega yang biasa kita sapu pada roti.

"Selain itu ada buah adiu yang rasanya seperti buah ciku, buah aroi-aroi yang rasanya seperti buah manggis dan buah melewar, ia seakan-akan buah markisa," katanya kepada pemberita di HPPNK 2017 di Maeps, Serdang, dekat sini hari ini.

Buah-buahan berkenaan boleh dilihat pengunjung di tapak pameran Jabatan Pertanian di Dewan A. - UTUSAN ONLINE