Ketua Pegawai Operasi BSN, Kameel Abdul Halim berkata, tujuan utama kempen itu diadakan untuk menggalakkan sifat menabung dalam kalangan masyarakat demi kebaikan dan jaminan pada masa hadapan.

“Tahun ini, BSN telah meningkatkan jumlah keseluruhan ganjaran BSN SSP kepada RM20 juta berbanding tahun lepas iaitu RM17.7 juta.

“Peningkatan jumlah ganjaran ini adalah penghargaan khas BSN yang telah menjangkau usia 40 tahun penubuhannya kepada para penyimpan yang setia dengan BSN SSP,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kameel berkata, simpanan BSN SSP boleh dibuat menerusi kaunter cawangan BSN, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan perbankan internet di myBSN.

Katanya, pelanggan juga boleh menggunakan saluran lain untuk mebuat simpanan melalui Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN dan mesin deposit tunai (CDM).- UTUSAN ONLINE
[2:55 PM, 10/27/2018] +60 17-617 9541: Sambutan meriah, pelbagai gelagat menghiburkan

SYAHIDI BAKAR

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Sambutan meriah pengunjung pada hari kedua Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) 2018, menyaksikan beraneka gelagat menghiburkan hati ditampilkan peserta yang mengambil bahagian.

Selain Pertandingan Mewarna untuk dua kategori umur kanak-kanak iaitu 7 hingga 9 tahun (Kategori A), 10 hingga 12 tahun (Kategori B), turut diadakan Pertandingan Bola Sepak Cilik (B-12) dan Eksplorace menawarkan hadiah utama sebanyak RM1,000.

Eksekutif Pengurusan Jenama Utusan Melayu, Abdul Rahman Razali berkata sambutan peserta dalam setiap acara  utama dipertandingkan sangat positif dengan 64 orang bersaing dalam dua kategori Pertandingan Mewarna selain  16 pasukan berentap bagi Bola Sepak Cilik yang menyajikan aksi lincah yang cukup menghiburkan.

Katanya, selain itu pertandingan yang menjadi tumpuan ramai, Eksplorace yang akan berlangsung esok, pastinya menjanjikan saingan sengit peserta bagi menguasai trek seluas 5.5 hektar sekitar Dusun Humprey, UPM.

"Selain tiga acara utama ditandingkan  hari ini, kami turut adakan lima aktiviti sampingan untuk pengunjung seperti Teka Bola Raga; Meh Celup; Cabutan Bertuah dan Karaoke Santai.

"Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang lima hari Pesta Konvo UPM Edisi Ke-42 kali ini perlu dimanfaatkan oleh setiap pengunjung untuk meraih pelbagai hadiah menarik disediakan di samping membeli beraneka barangan dijual pada harga amat memuaskan," katanya ketika ditemui di Tapak Pesta Konvo Dusun Humprey, UPM dekat sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE