BSN dalam kenyataan berkata, jumlah tersebut adalah yang terendah dalam kalangan bank-bank lain di negara ini.

“Caj RM12 pula hanya akan dikenakan sekiranya pelanggan memerlukan Kad Debit BSN bagi memudahkan mereka untuk transaksi pengeluaran pada masa akan datang.

“Pilihan untuk Kad Debit BSN ini terletak sepenuhnya di tangan setiap pelanggan kami,” katanya di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, BSN berkata, pihaknya telah mempermudahkan proses yang pengeluaran BSH termasuk membuka kaunter dan menempatkan kakitangan tambahan bagi memudahkan urusan sepanjang pembayaran bantuan tersebut.

“Namun, kami memohon maaf sekiranya terdapat keadaan yang amat sesak di cawangan kami dan akan berusaha memudahkan urusan setiap pelanggan termasuk memastikan segala urusan pelanggan diselesaikan pada hari yang sama,” katanya. - UTUSAN ONLINE