Duta Britain ke PBB, Matthew Rycroft berkata demikian ketika berucap dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Baitulmuqaddis yang dipanggil oleh Britain dan tujuh anggota majlis lain berikutan keputusan yang dibuat oleh Presiden AS, Donald Trump Rabu lalu.

“Kedudukan Britain mengenai status Baitulmuqaddis jelas dan sudah lama, Ia harus ditentukan menerusi penyelesaian yang dirundingkan antara rakyat Israel dan Palestin. Bandar itu sepatutnya dikongsi bersama antara penduduk Israel dan Palestin.

“Keputusan dibuat tidak membantu prospek perdamaian di rantau ini dan berharap kita semua dalam majlis ini tetap komited. Kedutaan Britain ke Israel berpusat di Tel Aviv dan kami tidak bercadang untuk memindahkannya,” tegas Rycroft.-BERNAMA