Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Britain, Theresa May bersetuju dengan projek yang bernilai 14 bilion pound (RM74.4 bilion) itu pada awal bulan ini dan menyatakan bahawa ia boleh melonjakkan lagi ekonomi negara ini.

Sebelum ini, banyak ahli Parlimen mengkritik projek tersebut susulan bimbang ia akan mencetuskan pencemaran bunyi terhadap kawasan sekitar yang padat dengan penduduk.

Namun, Setiausaha Kementerian Pengangkutan Britain, Chris Grayling memaklumkan bahawa beliau optimistik dengan projek tersebut yang boleh boleh mewujudkan sehingga 114,000 peluang pekerjaan menjelang 2030. - AFP