Konsert jelajah Boyzone di ibu negara tersebut dianggotai oleh Ronan Keating, Keith Duffy, Shane Lynch dan Michael Graham.


Seorang lagi ahli kumpulan asal mereka, Stephen Gately meninggal dunia pada 10 Oktober 2009.


Antara lagu-lagu popular kumpulan rock-band lelaki tersohor dari negara Ireland yang diwujudkan dalam tahun 1993 tersebut ialah “No Matter What”, “When The Going Gets Tough”, “You Needed Me”, dan “Everyday I Love You”. 


Lagu-lagu lain termasuklah “Love Me For A Reason” (1994), “Coming Home Now” (1996), “A Different Beat” (1996), “Isn’t It A Wonder” (1997), “Baby Can I Hold You” (1997), “All That I Need” (1998).


Selepas Kuala Lumpur kumpulan itu akan membuat persembahan di Mall Of Asia (MOA) Arena di Manila pula pada hari ahad 26 Ogos 2018.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan konsert itu.

Hadir menerima keberangkatan baginda berdua ialah Pengarah Urusan Star Planet - Organiser & Producer of Concerts, Datuk Alan Foo.


Dalam program berasingan pada malam yang sama, ketiga-tiga anakanda baginda berdua iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail berangkat menghadiri persembahan ‘Swiss Dream Circus - Charity for Children’ yang merupakan sebuah program Khidmat Sosial Korporat (CSR) anjuran Melinda Looi Group of Companies dengan kerjasama LGB Group dan Le Tresor.


Persembahan tersebut diadakan di Desa ParkCity, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE