MOHD. NOR HAMZAH
MOHD. NOR

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah ketika mengumumkannya berkata, keputusan itu diambil sebagai menghargai khidmat mereka di samping menambahkan keceriaan menyambut Aidilfitri.

"Sepatutnya dibayar esok namun ada masalah tenikal namun akan diusahakan secepat mungkin untuk diselesaikan dalam musim perayaan," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. - UTUSAN ONLINE