AZMEL KAMARUDIN
AZMEL KAMARUDIN

Presiden KKB Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmel Kamarudin berkata, kelab itu ditubuhkan ekoran Selangor merupakan antara negeri tertinggi menerima panggilan kecemasan membabitkan pelbagai kes.

Azmel yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam menjelaskan, setiap balai sekurang-kurangnya pasti menerima dua panggilan kecemasan sehari termasuk kes kebakaran.

Katanya, oleh demikian, dengan adanya penubuhan kelab itu, semua ketua balai dapat bekerjasama dengan berkongsi idea, strategi atau apa-apa sahaja dalam menyelesaikan sesuatu kes.

"Kadang-kala pegawai dan anggota bomba penyelamat mempunyai idea baharu yang segar dalam operasi menyelamat. Dengan adanya kelab ini, kita dapat bertukar pendapat tanpa mengenepikan polisi keselamatan yang perlu dipatuhi.

"Kita berharap dengan adanya kelab ini, ia menjadi titik permulaan dalam menjalinkan kerjasama antara sama lain kerana ketua balai merupakan orang tengah antara ketua jabatan dan anggotanya," katanya pada majlis Makan Malam dan Pelancaran KKB Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE