Pegawai Bomba Kanan 2, Shairulnizam Wailie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 6.54 petang sebelum tiba di lokasi beberapa minit kemudian bersama 10 orang anggota dan sebuah jentera.

“Kita mengambil masa kurang lima minit untuk mengeluarkan anak lembu tersebut dengan menggunakan hos hantaran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE