Pengarah JBP Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan dan mendapati kotak suiz utama elektrik berada dalam keadaan yang baik.

"Unit forensik mengambil masa kira-kira lima jam untuk menjalankan siasatan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.Namun kami menafikan kebakaran itu berpunca daripada masalah litar pintas dan punca sebenar insiden itu masih disiasat," katanya. - UTUSAN ONLINE