Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sungai Klang dan Sungai Gombak diberi nafas baharu melalui program River of Life yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4.2 bilion.

“Sebanyak RM650 juta pula diperuntukkan untuk membina Projek Taman Tugu,” katanya dalam akaun Facebooknya, malam tadi. - UTUSAN ONLINE