Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BLB: 500 petani Tanjong Karang terima bantuan bencana

500 petani Tanjong Karang terima bantuan bencana
Tan Sri Noh Omar menyampaikan bantuan kewangan kepada wakil Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjong Karang untuk diagihkan kepada para petani yang terjejas dalam satu majlis di Sungai Burong, di sini petang tadi. - UTUSAN ONLINE

TANJONG KARANG 12 Jun - Seramai 500 petani di Parlimen Tanjong Karang yang terjejas akibat tanaman mereka diserang penyakit penyakit hawar bakteria daun (BLB) pada tahun lalu menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Pusat hari ini.

Bantuan kewangan yang menelan kos sebanyak RM367,953 itu sampaikan sendiri Ahli Parlimen kawasan itu, Tan Sri Noh Omar dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Masjid Al Rahman, Sungai Burong di sini hari ini.

Menurut Noh, bantuan itu merupakan kesinambungan daripada siri bantuan yang disalurkan kepada para petani Selangor khususnya di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut di negeri ini.

"Bantuan berbentuk wang tunai ini di harap dapat mengurangkan beban petani terbabit lebih-lebih lagi sebagai persiapan mereka menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

"Hakikatnya, Kerajan Pusat amat memahami kesusahan dihadapi petani. Bukan mudah untuk urus sawah dengan baik, banyak dugaan yang terpaksa dihadapi seperti penyakit tanaman, kemarau, banjir demi mendapatkan pulangan pendapatan untuk menyara hidup.

"Namun saya cukup kagum dengan semangat kental ditunjukkan para petani yang tidak putus asa. Hinggakan kawasan Barat Laut Selangor ini terkenal sebagai kawasan pengeluaran padi negara," katanya.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan BLB kepada para petani di Parlimen Tanjong Karang dan bantuan input projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di sini.

Pada masa sama, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut menyatakan sehingga kini Kerajaan Pusat telah menyalurkan RM4.6 juta bantuan kepada petani di kawasan IADA Barat Laut Selangor meliputi Parlimen Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain