Pengerusi biro berkenaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, konvoi yang disertai kira-kira 80 kenderaan 4x4 akan mengagihkan bantuan persekolahan kepada mereka yang memerlukan di tiga lokasi iaitu Perak, Kedah, dan Thailand.

"Bantuan pakaian seragam sekolah bersama peralatan tulis sudah pasti memberi semangat kepada anak-anak untuk menuntut ilmu di sekolah.

"Lebih-lebih lagi kepada penduduk Yala yang dilihat amat memerlukan bantuan-bantuan seumpama ini," katanya kepada Bernama pada majlis pelepasan konvoi itu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO, dan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama-sama melepaskan konvoi berkenaan.- BERNAMA