BBC melaporkan, bilionair yang dikenali sebagai Mohammed Dewji, 43, dipercayai diculik di luar gim di sebuah hotel.

Setakat ini, tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan dan dua daripada penculik tersebut dipercayai merupakan warga asing.

Polis bagaimanapun menyatakan bahawa motif penculikan Dewji belum dapat dikenal pasti. – AGENSI