Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu bertujuan menarik kehadiran pelancong selain mempromosikan 'Bike Week' di Malaysia.

"Apabila terlalu banyak 'Bike Week', golongan 'bikers' jadi keliru. Jadi untuk elak kekeliruan ini, kita selaraskan minggu-minggu permotoran ini dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

"Pada masa sama, kita membantu promosi kementerian. 'Bikers' seluruh dunia juga boleh berada di Malaysia," katanya ketika berucap pada program sahur dan perasmian Tabung Insuran Kebajikan Bikers United Club Malaysia (BUCM) di sini awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE