Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, bantuan tersebut akan diberikan kepada seramai 159,368 veteran ATM yang berpencen dan tidak berpencen.

Katanya, setiap penerima BHN 2019 itu akan menerima RM500 secara ‘one off’

“Bantuan ini dibuat dan diuruskan melalui Jabatan Hal Ehwal (JHEV) ATM. Kelayakan dan segala proses juga akan dibuat oleh agensi tersebut.

“Semua permohonan akan dibuka bermula 14 April dan bayaran akan dibuat pada 27 Mei nanti,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan dalam Pameran Udara dan Maritim Langkawi 2019 (LIMA’19) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE