Program yang turut disertai peserta luar negara dari Thailand dan Jepun itu dianjurkan bersama Kolej Vokasional Besut (KVB) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut.

Sebelum larian bermula, para peserta menyertai acara aerobik untuk memanaskan badan selama setengah jam yang dikendalikan oleh staf Pejabat Kesihatan Daerah Besut di Dataran Bukit Keluang.

Program yang diadakan antara lain bertujuan mewujudkan masyarakat yang aktif dalam bersukan selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat itu dilepaskan kira-kira jam 8.30 pagi.

Upacara pelepasan dilakukan bersama oleh Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh; Pengerusi Penyelaras Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) DUN Kota Putera, Wan Ariff Wan Yusof dan Pegawai Belia dan Sukan Besut, Amir Izuddin Zainuddin.

Pengarah program, Nik Aina Izzati Asmawi berkata, program itu bertujuan mendedahkan pelajar KVB dan Pejabat Belia dan Sukan untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan organisasi luar.

"Semua peserta melakukan larian sejauh lima kilometer dan sebahagian besarnya mengikut laluan tepi pantai," ujarnya. - UTUSAN ONLINE