Bersih 2.0 dalam kenyataan menganggap tindakan Mohamad yang mendedahkan kertas undi kepada umum sebelum memasukkan ke dalam peti undi bertentangan dengan undang-undang.

Jelas Bersih 2.0, Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 telah menggariskan kepentingan bagi memastikan undi dan maklumat pengundi kekal rahsia dengan pesalah boleh dihukum penjara selama setahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

“Adakah beliau tidak tahu tindakan itu merupakan kesalahan dalam pilihan raya kerana melanggar kerahsiaan undi walaupun itu adalah undinya sendiri atau pun beliau cuba menafikan undang-undang?

“Penting bagi setiap undi dirahsiakan kena boleh mempengaruhi pengundi lain lebih-lebih lagi daripada seseorang yang berpengaruh selepas berakhirnya tempoh berkempen.

“Kesalahan seperti yang dilakukan Mohamad, jika tidak ditangani akan menggalakkan orang lain mendedahkan kertas undi pada pilihan raya akan datang dan menyebabkan kesalahan berkempen pada hari mengundi serta mengandungi unsur rasuah,” katanya. - UTUSAN ONLINE