Jenazah Allahyarham disemadikan di sebelah pusara bapanya yang meninggal dunia kira-kira dua bulan lalu.

Upacara pengebumian jenazah disempurnakan dengan penuh istiadat ketenteraan apabila diiring dan diusung oleh anggota tentera lengkap berpakaian istiadat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Panglima Udara TLDM, Laksamana Pertama Datuk Alias Baharuddin yang kemudiannya mewakili TLDM menyerahkan Jalur Gemilang kepada ibu Allahyarham, Maimun Yasok, 61.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Nik Mohd. Baihaqy tiba dari Perak pada pukul 4 pagi sebelum disembahyangkan di rumah keluarganya di Kampung Binjai, di sini. - UTUSAN ONLINE