EOCM yang bernaung dibawah Proton Ambasadors akan menganjurkan program Seikhlas Budi Sekampit Beras bagi membantu golongan berkenaan.

Jamaluddin Md Desa
Jamaluddin Md Desa 

Pengarah Projek, Jamaluddin Md. Desa berkata, inisiatif itu diambil ekoran sejak akhir-akhir ini kehidupan golongan tersebut makin terhimpin ekoran kejatuhan harga getah dan musim tengkujuh.

“Mereka ini salah satu golongan penyumbang utama kepada pendapatan negara, tetapi akhir-akhir ini mereka dihimpit dengan pelbagai dugaan antaranya kejatuhan harga getah di pasaran Malaysia dan juga keadaan cuaca yang tidak menentu yang menyebabkan kehidupan mereka menjadi terhimpit,” kata Jamaluddin dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang pernah melalui pahit getir selaku penoreh getah di zaman remaja, merasa terpanggil mengambil inisiatif menganjurkan program ini yang diharapkan dapat membantu meringankan sedikit beban golongan terbabit.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada individu atau syarikat yang ingin menghulurkan sumbagan berupa barangan keperluan harian serta wang tunai boleh berhubung terus di nombor 013-3768008 atau menyumbang ke akaun Maybank Exora Owners Car Club Malaysia 555108302230. - UTUSAN ONLINE