Setiausaha Akhbar Menterinya, Kamarul Farid Kamaruddin dalam kenyataan di sini, menafikan Rohani sakit dan dimasukkan ke HUS, sebaliknya beliau ke hospital kerana membuat pemeriksaan kesihatan disebabkan mengalami demam biasa.

“Merujuk kepada kenyataan di beberapa laman sosial dan portal berita, adalah dimaklumkan bahawa keadaan kesihatan Datuk Seri Rohani adalah tidak seperti mana yang dilaporkan.

“Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang baru sahaja diumumkan hari ini tidak dikejarkan ke HUS seperti didakwa.

“Beliau ke HUS untuk pemeriksaan kesihatan biasa dan dilaporkan hanya mengalami demam biasa,” katanya.

Tambah Kamarul, kenyataan yang mengesahkan keadaan kesihatan Rohani daripada sumber Setiausaha Politik, Saifuddin Matsah dan Setiausaha Kanan, Reza Rizvy adalah tidak benar sama sekali. – UTUSAN ONLINE

ANGELINA SINYANG