Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli berkata, sokongan kepada Perdana Menteri itu penting bagi menunjukkan pendirian rakyat negara ini yang menentang sekeras-kerasnya tindakan keganasan Myanmar tersebut yang jelas mencabuli hak asasi serta nilai kemanusiaan.

"Etnik Rohingya bukan sahaja dibunuh, dirogol malahan dicabul segala hak asasi sebagai manusia. Justeru, usaha Perdana Menteri perlu kita berikan sokongan yang sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Gegar Merdeka 10,000 Langkah di Kampung Jenjarum, di sini hari ini.

Hari ini, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Zulhasnan Rafique memaklumkan bahawa isu kekejaman berterusan ke atas etnik Rohingya dijangka dibincangkan semasa pertemuan empat mata di antara Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat.

Menurutnya, isu berkenaan menjadi antara keutamaan dalam pertemuan Najib-Trump di Oval Office. - UTUSAN ONLINE