Pengerusinya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, pihaknya kini dalam usaha untuk mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan berkenaan isu itu.

"Kami sudah menghantar surat kepada kementerian hari ini bagi membincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memastikan amalan merokok disekat dari usia muda lagi.

"Antara usaha yang kami usulkan adalah dengan mengingatkan golongan muda terutamanya pelajar sekolah akan bahaya amalan merokok pada setiap kali perhimpunan pagi," katanya dalam sidang akhbar di pejabat persatuan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Perdagang ASEAN (Perda-ASEAN).

Menurut Moehamad, pihaknya turut akan bekerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi melaksanakan agenda mengurangkan perokok di negara ini. - UTUSAN ONLINE