Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, ini adalah keputusan yang bijak dan amat dialu-alukan oleh rakyat Kelantan khususnya yang ingin melihat pembangunan serta pemodenan di negeri ini.

“Dengan perlaksanaan projek ECRL ini, ia akan memberi peluang kepada sektor baharu serta limpahan ekonomi untuk rakyat di negeri ini.

“Malah keputusan ini turut memberi gambaran bahawasanya kerajaan pusat tidak meminggirkan negeri dalam kerangka pembangunan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Projek ECRL yang di­sambung semula pembinaannya akan meliputi jajaran baharu dengan jarak landasan dikurangkan sebanyak 40 kilometer selain pengurangan kos daripada RM98 juta kepada RM68 juta bagi setiap kilometer.

Wakil Khas Perdana Menteri, Tun Daim Zainuddin berkata, landasan baharu yang bakal dibina itu adalah sepanjang 648 kilometer berbanding ranca­ngan awal 688 kilometer.

Dalam pada itu, Mohd. Rosdi turut berharap agar keputusan ini turut memberi peluang kepada kontraktor tempatan untuk terlibat secara langsung dalam projek ECRL ini.

“Dengan penglibatan kontraktor tempatan dalam projek ECRL ini, ia pasti dapat memberi ilmu serta perkongsian teknologi terkini kerana projek ini adalah sesuatu yang baharu bagi kontraktor tempatan.

“Melalui pengalaman ini juga, ia dapat membuka peluang kepada kontraktor tempatan untuk mengorak ke hadapan setandinh dengan yang lain, “ katanya. - UTUSAN ONLINE