Shahrir berkata, Azhar sepatutnya diberikan peluang untuk mentadbir kumpulan tersebut memandangkan hanya memegang jawatan itu tidak sampai sebulan.

“Kita mesti memberinya peluang terutamanya dalam situasi syarikat yang masih belum mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO). Mana-mana syarikat yang dalam keadaan yang tempang seperti itu akan berhadapan dengan masalah tak boleh berfungsi sepenuhnya.

“Pada saya, dia seorang yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang pertanian, perladangan, pengurusan serta mempunyai ilmu pengetahuan dalam dunia korporat mampu mentadbir pengurusan FGV dan aset hartanya dengan baik selain memaksimumkan potensinya,” katanya.

Beliau mengulas permintaan Pergerakan Pemuda UMNO yang mahukan Pengerusi baharu FGV itu memberi komitmen sepenuhnya dalam menjalankan amanah menerajui syarikat perladangan dan komoditi pertanian global tersebut. - UTUSAN ONLINE