Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar berkata, kemudahan itu juga bakal memberi manfaat besar kepada pesakit apabila rawatan berkaitan kardiologi boleh dilakukan secara terus oleh HSNZ tanpa perlu merujuk kepada Institut Jantung Negara (IJN) atau lain-lain hospital.

"Alhamdulillah, unit rawatan jantung HSNZ dinaiktaraf. Sebelum ini, kita tidak ada wad kardiologi yang khas dan hanya memiliki wad pemulihan rawatan serta wad Unit Rawatan Rapi (ICU) jantung yang sangat terhad dan sempit.

"Sejak 1985 hanya terdapat empat katil ditempatkan di wad ICU manakala wad pemulihan sebanyak 16 katil jadi, menerusi naik taraf ini secara tidak langsung bilangan katil dapat ditambah di samping penggunaan peralatan lebih moden serta canggih untuk pesakit jantung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad memberitahu, unit kardiologi HSZN diwujudkan pada 2010 dengan dikawal selia oleh dua doktor pakar bagi merawat kes seperti angioplasty dan stenting dengan kapasiti 20 hingga 30 kes seminggu. - UTUSAN ONLINE