Penjelasan itu dilakukan berhubung isu promosi produk oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama seorang usahawan yang menjadi tular di media sosial.

“Untuk promosi produk, kita tidak buat untuk swasta. Namun, saya rasa Syed Saddiq telah memberi jawapan bahawa dia hanya mahu membantu.

“Macam saya, semasa pergi ke luar negara, saya akan membawa kraf tangan Malaysia untuk  membantu promosi produk negara kita secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian pusat asuhan harian dan latihan untuk kanak-kanak kelainan upaya Tasputra Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Yang turut hadir ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan. -UTUSAN ONLINE