Ini jelas Haini Majungkob, 42, penting memandangkan ama­lan itu dapat melindungi alam sekitar sekali gus mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup.

“Pendekatan YaHijau turut membuat jelajah ke negeri ini terutama di kawasan pedalaman berupaya memberi kesedaran kepada masyarakat luar bandar mengenai kepentingan amalan hidup hijau.

“Masyarakat di luar bandar yang kebanyakannya terdiri daripada pekebun dan petani kurang mengetahui mengenai amalan itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bagi Elna Ellysia Epson, 14, dari Kampung Tuhau Matunggong, berkata, teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani kesan buruk daripada aktiviti manusia.

Katanya, penggunakan tek­nologi hijau adalah dengan meminimumkan sumber-sum­­­ber seperti tenaga, air dan lain-lain bagi menghasilkan sesuatu produk.

“Sama juga tenaga elektrik yang tidak digunakan perlu ditutup selain mengelak pembaziran tenaga,” katanya.

Bagi Julbet Hadil, 14, tek­nologi hijau merupakan satu amalan atau gaya hidup yang mesra alam.

“Apabila pengurangan pele­pasan gas karbon ke udara, kita dapat mengurangkan fenomena pemanasan global. Ini merupakan apa yang saya pelajari di sekolah selain bahan rujukan.

“Oleh itu, adalah pen­ting bagi YaHijau melaksanakan program jelajah ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di sesuatu kawa­san mengenai manfaat, kepentingan dan kesan tidak mengamalkan amalan hidup hijau,” katanya.