Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu infrastruktur dan kemudahan asas di perumahan Desa Aman 1 dan 2 juga akan dinaik taraf termasuk pemasangan penghawa dingin dewan dan penambahan lif baharu di kawasan perumahan tersebut .


Katanya, segala kerja naik taraf itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.


“Kita jangan datang waktu musim buah kerana itu sifat kelawar dan jangan datang waktu membajak kerana itu pesawah. Kita datang tidak kira musim dan kita bekerja untuk rakyat tanpa mengira hari besar atau tidak, “ katanya ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama Penduduk Lembah Pantai di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.