Kampit beras seberat lima kilogram untuk setiap seorang itu menggantikan cenderamata bunga telur, sekali gus mencipta kelainan dalam majlis perkahwinan pasangan pengantin baharu, Mohd. Nasruddin Azmi, 25 dan isteri, Nor Suhaida Mohamad, 25.

Azmi ketika ditemui berkata, majlis kenduri di rumahnya itu adalah peluang untuk beliau mengeratkan persaudaraan dengan jamuan makan dan hadiah beras kepada tetamu untuk dibawa pulang.

Menurut ahli perniagaan itu, sebanyak 20 kawah gulai, tujuh ekor kambing bakar dan 500 ekor ayam menjadi juadah utama dalam majlis itu selain pelbagai jenis kuih tradisional yang disediakan secara gotong-royong.

“Kami jemput kira-kira 7,000 tetamu termasuk kenalan dari seluruh Kelantan untuk meraikan hari bahagia anak lelaki saya.

“Saya lakukan semua ini untuk meraikan semua tetamu yang hadir, sebagai tanda kesyu­kuran serta berkongsi suka dan duka bersama mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Sri Lichong di Gaal, dekat sini hari ini.