Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bentuk jiwa insan cintakan negara – Najib

NAJIB TUN RAZAK menyampaikan hadiah kepada pemenang utama kategori Sekolah Seni Malaysia Adam Muhamm
NAJIB TUN RAZAK menyampaikan hadiah kepada pemenang utama kategori Sekolah Seni Malaysia Adam Muhammad Daniel Muhammad Suharto sambil diperhatikan Mohamed Nazri Abdul Aziz, Mahdzir Khalid dan Salleh Said Keruak dalam majlis perasmian program Seni Negaraku di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 16 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan se­buah negara perlu meletakkan keutamaan untuk membentuk insan berkualiti yang mempunyai roh semangat cintakan negara.

Perdana Menteri berkata, perkara itu merupakan asas kepada kecemerlangan negara apa­bila aspek tersebut dititikberatkan yang bukan hanya meng­utamakan pembangunan fizikal semata-mata seperti pembinaan bangunan pencakar la­ngit, pembangunan kilang-kilang atau lebuh raya.

Sehubungan itu, beliau berkata, semangat ‘negaraku’ harus di­terapkan dalam kalangan semua rakyat terutamanya golongan kanak-kanak yang mempunyai peranan besar membawa negara ke arah mengisi matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Saya berharap usaha-usaha yang kita lakukan ini akan membuahkan hasil kepada negara kita. Sebab kalau kita nak membangunkan sebuah negara tidak hanya melibatkan soal bangunan pencakar langit, kilang atau le­buh raya tetapi apa lebih penting kualiti insan yang terbitnya dari lubuk hati, jiwa dan roh kita.

“Kalau roh kita ini dapat kita isi bukan sahaja dengan aspek kerohanian dan akhlak, tetapi juga dengan semangat cintakan negaraku. Inilah asas kecemerlangan, asas negaraku Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan program Seni Negaraku di Balai Seni Negara, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Program di bawah Inisiatif Negaraku itu menampilkan Pameran Seni Negaraku dan Reka Negaraku yang turut disertai oleh karya-karya pelajar sekolah rendah, menengah dan juga sekolah Seni untuk memupuk penghargaan dan bakat seni pada usia muda melalui Pertandingan Seni Negaraku dalam menghasilkan karya yang bertunjangkan semangat cintakan negara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, peranan seni dalam sesebuah ketamadunan bangsa adalah penting kerana sejak awal dahulu ia digunakan sebagai rekod sejarah.

Sebagai contoh, kata beliau, pegawai-pegawai Residen Ing­geris menggunakan kaedah melakar garis (drawing) di atas kertas untuk mencatatkan bentuk muka bumi kawasan yang dilawati sebagaimana yang dilakukan Residen Inggeris seperti Frank Swettenham dan Hugh Low yang banyak menghasilkan catatan sedemikian di negeri Pahang dan Perak.

“Lakaran di Lubuk Paku Pahang oleh Frank Swettenham misalnya adalah sebuah dokumen berbentuk visual dan pada hari ini karya-karya lakaran ini bukan sahaja dilihat sebagai karya seni bahkan juga sebuah dokumen atau rekod berbentuk visual lokasi pada masa itu,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, adalah penting untuk menanamkan sifat cinta dan bangga terhadap negara melalui karya seni seperti karya Latiff Mohidin, Pago-pago yang dihasilkan pada tahun 1964 yang mengambil subjek alam bersifat lokal seperti pucuk rebung, teritip, daun dan bukit, namun karya tersebut berjaya menonjolkan ikonologi daerah kebudayaan Asia Tenggara sehingga menjadi karya terpenting dan rujukan pensejarahan seni moden di Malaysia dan mendapat perhatian dunia.

Perdana Menteri berkata, bidang seni lukis memang diberi perhatian oleh kerajaan dan ini terbukti dengan penubuhan Balai Seni Lukis Negara yang dibuka setahun selepas negara mencapai kemerdekaan pada tanggal 28 Ogos 1958.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain