Bengkel anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersama Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM bertemakan Bertakwa, Berbudaya, Hebat, Bermaruah dan Sepakat Membawa Berkat itu bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

MPM dalam satu kenyataan memberi­tahu, pakar-pakar bu­daya dalam bidang masing-masing telah dijemput untuk menjadi panel bagi me­ngupas isu berkaitan berdasarkan tajuk yang telah dipilih.

Bengkel tersebut me­rupakan antara enam bengkel Wacana Pra­kongres Budaya 2017 yang diadakan sebelum Kongres Budaya 2017 berlangsung pada bulan depan.

Kenyataan ber­ke­naan memaklumkan, Wacana Pra­kongres Bu­­daya ­20­17­­ yang berte­makan Wari­san Seni Rupa Bangsa telah berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM)minggu lepas.

Sementara itu, satu draf resolusi akan dibentuk daripada Bengkel Budaya Ekonomi 2017 untuk dibawa dan di­bincangkan di Kongres Budaya 2017 kelak.