Malah, kehadiran beberapa model telefon pintar yang dipadatkan dengan pelbagai ciri-ciri menarik pada fungsi kamera menambah keinginan kepada pengguna menjadi pakar dan menghasilkan visual.

Menyedari hakikat itu, sebuah syarikat perunding dan latihan, Sibermedia Sdn. Bhd. (Sibermedia), mewujudkan bengkel 100% Poketgrafi untuk memberi peluang pengguna memantapkan lagi pengetahuan dalam rakaman dan suntingan foto serta video melalui telefon pintar semata-mata.

Penolong Pengurus Sibermedia, Mohd. Hazli Hassan berkata, bengkel sehari kali keempat ini akan membolehkan peserta memahami dengan mendalam bagaimana untuk merakamkan foto dan video secara profesional hanya menggunakan telefon pintar.

"Kita juga akan menunjuk ajar bagaimana untuk menyunting foto dan juga video hanya menggunakan telefon pintar bagi membolehkan semuanya dilakukan dengan mudah di mana-mana.

"Malah pembentangan bengkel itu juga hanya menggunakan telefon pintar tanpa melibatkan komputer riba mahupun kamera DSLR," katanya di sini hari ini.

Bengkel 100% Poketgrafi itu akan diadakan pada 24 November ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 6 petang dengan yuran pendaftaran sebanyak RM300.

Yuran pendaftaran termasuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang selain cenderahati turut disediakan untuk para peserta.

Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi 03-92324622 (Maria) atau 03-92322681 (Raja Aida).