Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani berkata, arahan tersebut berkuat kuasa hingga selesai istiadat pemakaman Almarhum Sultan Kedah pada 4 petang esok.

"Arahan berkuat kuasa serta-merta ini sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan berkanun oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor untuk tindakan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah mangkat pada 2.30 petang tadi di Istana Anak Bukit, Kedah.

Almarhum baginda yang memerintah Kedah selama 59 tahun, berusia 89 tahun. - UTUSAN ONLINE