Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara tersebut dilakukan tanpa sebarang niat.

“Saya fikir perkara ini tidak disengajakan dan kita harus bersikap terbuka kerana ia dibuat tanpa sebarang niat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan di sini hari ini.

Isu bendera Indonesia terbalik dalam buku panduan Sukan SEA Ke-29 tular menyebabkan pengguna laman sosial terutamanya rakyat Indonesia meluahkan rasa marah. - UTUSAN ONLINE