Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah berhubung dengan kedutaan China dan polis negara itu di Kuala Lumpur.

“Buat masa ini, tidak ada pihak yang mengesahkan sama ada Jho Low ditangkap atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Jabatan Pengurusan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini hari ini.

Kelmarin, Sarawak Report melaporkan sebuah stesen radio di Hong Kong yang tidak dinamakan menyatakan Jho Low telah ditahan di China. - UTUSAN ONLINE