Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Kalabakan berkata, penglibatan dalam sukan permotoran dapat mencungkil bakat belia Tawau sekali gus dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Sukan permotoran yang ingin di ceburi biarlah yang berlesen dan diluluskan undang-undang, bukannya lumba haram yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

"Sebagai generasi harapan negara, golongan belia perlu menjauhi kegiatan negatif kerana ia tidak memberi pulangan kebaikan," katanya ketika berucap merasmikan Kalabakan Drift Challenge 2017, di sini hari ini.

Program itu diadakan selama dua hari dan berakhir hari ini dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran kereta.

Dalam pada itu, Muis berharap program sedemikian dapat dijadikan sebagai acara tahunan memandangkan ia antara sukan yang diminati generasi muda.

Menerusi program itu, perpaduan kaum dalam kalangan belia turut dapat dimantapkan sekali gus menjadi platform untuk generasi muda bertukar-tukar fikiran mengenai sukan permotoran di negaraini. - BERNAMA