Wonda
 

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., S. T. Sundaram berkata, WONDA Coffee juga menawarkan satu beg penyejuk beku secara percuma dengan setiap pembelian empat tin WONDA Coffee 240ml dan tawaran menarik ini boleh didapati di Bataras Hypermarkets serta Golden Dragon City di Sabah manakala di Sarawak pula menerusi pasaraya Emart, Everwin dan Farley.

Katanya, pencinta kopi juga boleh membeli WONDA Coffee menerusi aplikasi e-dompet, Boost dan boleh digunakan di Pasaraya Bataras Hypermarkets dan Superstores di Pututan, Budusan, Ketiau, Tamparuli, Telipok, Sembulan, dan pusat beli belah International Technology & Commercial Centre (ITCC).

“Pencinta kopi boleh nikmati rebat tunai RM5 apabila pembayaran dilakukan melalui Boost dan rebat tunai RM3 untuk pembayaran yang dibuat melalui kaedah lain, malah rebat ini akan diberikan melalui kod penebusan Boost yang boleh ditebus dari WONDA Booth yang terletak di gerai terpilih bermula 12 hingga 14 Oktober dari 12 tengah hari hingga 8 malam.

“Kami sangat teruja untuk membawa tawaran eksklusif ini di bahagian timur Malaysia, reaksi yang kami terima sangat memberangsangkan, jenama ini benar-benar digemari mereka dan mereka mahukan lebih banyak tawaran berkaitan WONDA malah mereka ingin membawa lebih banyak ganjaran dan tawaran untuk meraikan IWCD ini di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Tambahnya, WONDA Coffee turut bekerjasama dengan radio Hitz Sabah dan ERA Sabah dengan mengadakan pertandingan antara dua stesen radio tersebut dan penyampai radio yang berjaya menjual WONDA Coffee yang paling banyak dari 12 hingga 14 Oktober ini di Pasaraya Bataras Hypermarket dan Superstores akan memenangi hadiah penginapan hotel lima bintang.

“Dengan hadiah yang luar biasa untuk dimenangi, persaingan mesra ini pasti akan melihat bagaimana penyampai radio bekerja keras untuk menjuarai cabaran tersebut dan stesen radio MY Sabah juga akan sertai cabaran ini bagi menunjukkan sokongan mereka semasa cabaran jualan di lapangan,” katanya.

Selain itu, WONDA Coffee juga menawarkan peluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM 10,000 dengan mengambil gambar secara wefie bersama penyampai radio dari salah satu stesen pada waktu yang terpilih dengan mana-mana jenama WONDA Coffee dan muat naik foto di media sosial disertakan dengan hashtag #wondasalesshhhitz atau #wondasalesstarera.

Lima orang pemenang di setiap stesen radio berpeluang untuk memenangi RM1,000 bagi status gambar dan kapsyen yang paling menarik di media sosial.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti WONDA Coffee, sila layari laman Facebook Wonda Coffee Malaysia melalui pautan https://www.facebook.com/WondaCoffeeMalaysia. -UTUSAN ONLINE